Jika sebelum ini pengguna TikTok hanya dibenarkan memuat naik video ke akaun dengan hanya durasi 3 minit sahaja, kini TikTok sudah menyediakan ciri memuat naik video dalam tempoh yang lebih lama dengan mengaktifkan ciri muat naik sehingga 5 minit menerusi versi yang terbaru.

Selepas pengaktifan, pengguna sudah boleh memuat naik video dengan durasi sehingga 5 minit lamanya di akaun tersebut. Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat kepada sebahagian pengguna dan pencipta konten di Tiktok.

vocket-tech-news-tiktok-baru-2
Sumber Gambar: Paper and Spark Digital

Kemungkinan kita akan melihat lebih banyak video yang berdurasi panjang ditayangkan kepada pengguna pada selepas ini. Selain itu, fungsi Stories juga sudah mulai ditawarkan buat para pengguna secara meluas pada ketika ini.

Tahukah anda TikTok telah mengatasi Facebook sebagai aplikasi yang paling dimuat turun pada tahun ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

TikTok Mengatasi Facebook Sebagai Aplikasi Yang Paling Banyak Dimuat Turun

TikTok Sahkan Sedang Menguji Fungsi Seakan Instagram Stories Kepada Pengguna

Sumber